UNDANG-UNDANG HUDUD; SATU PENGENALAN RINGKA
Takrif Jenayah
Jenayah menurut takrifan para fuqaha' ialah
perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk
mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang
yang lain dengan sengaja.
Islam sebagai ad-din yang syumul mempunyai peraturan dan garis panduan
terhadap seluruh kehidupan manusia, termasuklah soal jenayah.
Firman
Allah swt : “Kemudian Kami jadikan engkau (wahai Muhammad) menjalankan
satu syariat yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama, maka ikutlah
syariat itu. Dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu orang yang tidak
mengetahui perkara yang benar.” – [al-Jathiyah:18]
Bentuk Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Penjenayah
Mengikut peruntukan hukum syara`,
penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jenayah syar`iyyah
apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman
samada hudud, qisas, diyat atau ta`zir.
Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada jenis kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.
1. Hukuman Hudud
Hudud dari sudut bahasa Arab merupakan kata jama' kepada kalimah had yang bermaksud "penghalang".
Dari sudut syara', ia digunapakai untuk hukuman-hukuman yang dikenakan terhadap perbuatan-perbuatan maksiat tertentu.
Oleh itu, para ulama' mendefinisikan hudud sebagai: Hukuman yang
ditentukan syara' terhadap kesalahan-kesalahan melanggar hak Allah
Ta'ala serta disandarkan kepada sebab-sebabnya. Hukuman ini dinamakan
hudud kerana ia boleh menghalang manusia daripada berterusan melakukan
jenayah tersebut.
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah
di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah
yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai
atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini.
Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh
Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Al-Baqarah, 2:229].
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud adalah seperti berikut:
a) Berzina, iaitu lelaki dan perempuan yang melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
Bagi kesalahan zina, jika sabit kesalahan wajib dikenakan hukuman sebat sebanyak 100 kali, sebagaimana yang diperuntukkan dengan jelas oleh Allah swt di dalam firmanNya:
”Wanita dan lelaki yang berzina, maka hendaklah kamu sebat mereka berdua sebanyak seratus kali sebatan.” [al Nur: 2]

b) Menuduh orang lain berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke
atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan
tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
Hukuman bagi kesalahan Qazaf ialah disebat sebanyak 80 kali sebat dan tidak boleh diterima kesaksiannya selama-lamanya. Firman Allah swt :
”Orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang suci (dengan tuduhan zina) kemudian mereka tidak mendatangkan empat saksi (yang menyokong tuduhan itu), maka sebatlah mereka sebanyak 80 sebatan dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya dan mereka itu adalah golongan yang fasiq. Kecuali orang-orang yang bertaubat selepas itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [al Nur: 5]

c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
Hukuman bagi kesalahan ini ialah disebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak kurang dari 40 kali sebat. Ini berdasarkan hadith Rasulullah saw daripada Saidina ’Ali r.a.:
”Rasulullah saw telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakr telah menyebat dengan 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar telah menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw, dan ini yang lebih aku sukai.” – [Riwayat Muslim]

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan
atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk
menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan, sebagaimana firman Allah swt :
”Lelaki dan wanita yang mencuri, maka potonglah tangan mereka berdua sebagai balasan terhadap perbuatan mereka dan juga pencegahan daripada Allah. Dan Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.” [al Maidah: 38]

e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan
perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
Seorang Islam yang telah murtad wajib dibunuh, berdasarkan dalil hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a.
”Sesiapa yang menukar agamanya (murtad daripada Islam), maka bunuhlah dia” – [Riwayat Bukhari dan Muslim]

f) Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang
bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan
cara kekerasan.
Hukuman bagi jenayah hirabah ialah :
i- Hukuman mati : bagi penyamun atau perompak yang telah membunuh orang yang dirompak tanpa mengambil hartanya
ii- Hukuman mati di kayu palang : bagi penyamun atau perompak yang telah membunuh dan mengambil harta orang yang dibunuh atau harta orang lain.
iii- Hukuman potong tangan kanan dan kaki kiri : bagi penyamun atau perompak yang hanya mengambil harta tanpa membunuh atau mencederakan mangsanya.
iv- Hukuman buang ke tempat lain (buang negeri) : bagi penyamun atau perompak yang hanya menakutkan atau mengugut sahaja.

Hukuman-hukuman ini adalah berdasarkan firman Allah swt :
”Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi
Alah dan rasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (dengan
melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan) ialah dibalas
bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dan tidak merampas), atau dipalang
(kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki
mereka dengan bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang
negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang
demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat
kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar. Kecuali orang-orang
yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari
hukuman itu). Maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani.” – [al-Maidah:33-34]
g)
Penderhaka (bughah), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau
menderhaka kepada pemerintah yang adil yang menjalankan syari`at Islam.
Hukuman
bagi kesalahan ini ialah golongan tersebut wajib diperangi sehingga
mereka kembali taat setia kepada pemerintah. Khalifah Abu Bakr r.a.
pernah memerangi golongan yang engkar membayar zakat pada zaman
pemerintahannya.
Firman Allah swt : ”Dan jika
dua pihak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di
antara keduanya. Jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain,
maka lawanlah pihak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah
Allah. Jika ia kembali patuh, maka damaikanlah di antara keduanya
dengan adil (menurut hukum Allah) serta berlaku adillah kamu (dalam
segala perkara). Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku
adil.” – [al-Hujurat:9]
2. Hukuman Qisas
Hukuman
qisas juga adalah hukuman yang telah ditentukan oleh Allah swt di dalam
Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah saw. Hukuman qisas ialah kesalahan yang
dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan
dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai
orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas
(balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh."
[Al-Baqarah : 178]
Hukuman menghilangkan atau
mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya
wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka
seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan
tadi.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Al-Ma'idah : 45]

3. Hukuman Diyat
Hukuman
diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah
kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah
yang telah dilakukan.
Hukuman diyat adalah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan Sunnah bagi
kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia
sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan
anggota badan atau melukakannya.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:
a) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja.
(qatlu syibhul ’amd)
(qatlu syibhul ’amd)
b) Pembunuhan yang tersalah/tidak sengaja.
(qatlu al-khata’)
(qatlu al-khata’)
Firman Allah swt :
”Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidka sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seseorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kifarah) dengan memerdeka seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diyat (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (maafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka wajiblah si pembunuh membayar kifarah sahaja dengan memerdeka seorang hamba sahaya yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar diyat (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba sahaya yang akan dimerdekakan), maka hendaklah ia berpuasa 2 bulan berturut-turut. (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri) kamu. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. – [al-Nisa’;92]

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Firman Allah swt :
"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." [Al-Baqarah : 178)

4. Hukuman Ta`zir
Hukuman
ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera ke atas
penjenayah-penjenayah yang tidak boleh dijatuhkan hukuman hudud atau
qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes
yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Berbeza
dengan hukuman Hudud dan Qisas, kadar atau bentuk hukuman ini tidak
ditentukan di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Sebaliknya, jenis, kadar
dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah diserahkan mutlak kepada hakim
untuk menentukannya. Ini kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan
untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang
mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.
Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir
Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir
diperuntukkan dalam qanun jenayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk
menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima
perkara:
1. Menjaga agama, iaitu menjaga
aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar
dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat
terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh
akan dikenakan ke atas mereka.
2. Menjaga
nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga
anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa
yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu
dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana
firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." [Surah Al-Baqarah, 2:179]
"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." [Surah Al-Baqarah, 2:179]
3. Menjaga akal fikiran,
iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum
arak atau minuman-minuman yang memabukkan.
Akal adalah anugerah terbesar buat umat manusia. Dengannya, manusia menilai buruk dan baiknya sesuatu perkara. Dengan akal jua, kita ditaklifkan oleh Allah Ta'ala dengan taklifan-taklifan tertentu. Maka ia adalah anugerah yang sangat besar nilainya serta perlu dijaga keutuhannya. Oleh kerana meminum minuman yang memabukkan boleh menyebabkan kehilangan akal seterusnya membawa kepada perbuatan-perbuatan yang menjatuhkan martabat kemanusiaan, maka Islam menjatuhkan hukuman sebat buat mereka yang sengaja meminumnya.

4.
Menjaga keturunan dan maruah, iaitu memelihara manusia dari melakukan
perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang
lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak.
Sudah menjadi fitrah, manusia sangat mementingkan maruah. Islam sangat mengambil berat tentang maruah kerana manusia itu hidup terhormat jika maruahnya terpelihara. Disebabkan qazaf adalah tuduhan yang melibatkan maruah, maka dijatuhkan hukuman sebat bagi sesiapa yang mencemarkan maruah orang lain tanpa bukti.

5. Menjaga
harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan
dirompak. Harta adalah pendokong kehidupan. Islam menggalakkan umatnya
untuk berkerja mengumpul harta yang halal dengan tujuan untuk menyara
kehidupan serta menyumbang kepada jalan Allah Ta'ala. Untuk memelihara
harta, dikenakan hukuman potong tangan bagi pencuri., dan menjatuhkan
hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau
dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara
rompakan itu dilakukan.
Kesimpulan
Rumusannnya, hukuman hudud, qisas, diyat dan
taa’zir merupakan ketetapan yang telah digariskan oleh Allah swt sebagai
syariat yang perlu digunapakai dan dilaksanakan oleh para pemerintah
negara. Islam adalah agama kesejahteraan. Jika hukuman hudud
dilaksanakan, sudah pasti ia akan menjamin kesejahteraan hidup dan
kemakmuran negara sebagaimana yang digambarkan oleh firman Allah swt :
”..(negeri
kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu
adalah) Tuhan yang Maha Pengampun.” – [Saba’ : 15]
No comments:
Post a Comment