artikel dibawah ini saya dedikasikan khas kepada kawan-kawan yang mahu pergi temuduga. semoga anda berjaya dunia akhirat.
PERSEDIAAN DOKUMEN
1. Dokumen ASAL
Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah:
· Kad Pengenalan
· Sijil Kelahiran
· Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
· Sijil Berhenti Sekolah
· Sijil SPM asal
· Sijil STPM asal (jika ada)
· Diploma asal (jika ada)
· Transkrip diploma asal (jika ada)
· Ijazah sarjana muda asal.
· Transkrip sarjana muda asal.
· Ijazah sarjana asal (jika ada)
· Transkrip sarjana asal (jika ada)
· Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negara)
· Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti
· Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
(Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR
tak payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3)
Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER"
dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun
bila sampai ke pusat temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat temuduga
baru tercari-cari dan cuba menyusun. Kebanyakan penemuduga agak sensitif
tentang susunan ini. Kalau calon menyusun mengikut keterangan di atas,
sudah pasti calon dapat menambat hati penemuduga memandangkan dokumen
ini perlu diserahkan kepada penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula.
Mesti ingat selalu bahawa "First Impression Counts".
Dan jangan lupa, dokumen-dokumen lain yang tak berkaitan eloklah
disimpan ke dalam beg anda. Folder ini biar nampak yang spesifik untuk
temuduga ini.
Tapi ... seperti biasalah ada calon yang guna folder. Dalam folder macam
tong sampah .. Bila penemuduga cuba meneliti dokumen asal, sibuklah
calon nak tunjuk yang itu.. yang ini. Calon seperti ini biasanya
bolehlah memohon semula tahun depan. Penemuduga sebenarnya menilai
kualiti seseorang calon dari folder dokumen asalnya. Folder itu
merupakan "portfolio" calon. Kalau nak jadi guru, jika nak simpan
dokumen 20 helai pun sudah kelam kabut, macam mana nak simpan beratus
... beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian diri yang
penting.
Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI
dibawa ke pusat temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan
sijil tertinggal di KL, baru sampai semalam ... sijil dihanyutkan
banjir tahun 1991 dulu... sijil SPM (1993) masih di sekolah lama . .
dsb.
Jika pada hari ini, ada dokumen asal anda yang hilang atau rosak
dapatkan yang baru. Sijil Lahir boleh dapat baru dari Pejabat
Pendaftaran. Jangan bawa sijil lahir yang dah berlipat-lipat dan sukar
dibaca. Jika dokumen asal hilang pastikan ada laporan ke pihak-pihak
berkenaan serta bukti surat asal. Kad pengenalan yang hilang boleh
dibuat baru. Kalau gambar pada kad pengenalan semasa anda darjah enam
dulu, pastikan pergi pejabat pendaftaran dan buat baru. Haa... barulah
nampak calon pendidikan guru yang berpotensi dan berwatakkan guru.
2.Salinan Fotostat
Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . . Semua salinan fotostat
hendaklah difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat
jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan
pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh
pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung, ketua
balai, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan Bahagian 1
seperti pensyarah maktab dan guru-guru berijazah. Jangan datang ke pusat
temuduga dengan semua salinan fotostat belum disahkan. Salinan fotostat
yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.
Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun
mengikut susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Wahhh
ada pula calon yang sehingga buat binding semua salinan fotostat. Tak
perlu dibinding! Anda akan membazirkan wang sahaja jika buat binding
sebab kebanyakan calon yang buat binding salinan sijil mereka susunannya
tidak sama seperti diarahkan. Biasanya, sampai sahaja ke pusat
temuduga, penemuduga akan suruh tanggalkan dan susun semula. Jadi dalam
kursus ini, saya sekalai lagi berpesan - Susun ikut sepertimana
disenaraikan di atas. Kemudian "staple" di bahagian atas sebelah kiri.
Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak, guna
staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang.
Jangan guna "paper clip" sebab dokumen mudah tertanggal dan bertaburan
di lantai.
3.Borang Maklumat Diri Calon ...
Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu
borang yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon untuk Mengikuti
Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Maklumat yang perlu diisi dalam borang
ini ialah seperti :
1. Maklumat kursus yang anda pohon - seperti nama kursus, kod dan tahun ambilan.
2. Butir diri calon - seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll
3. Butiran keluarga - seperti maklumat bapa / suami / isteri
4. Butiran akademik - iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat ijazah, CGPA dan bidang.
5. Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan
Borang ini hanya 1 muka surat. Saya ulang, 1 muka surat, tetapi apa dah
jadi kepada ramai calon-calon yang datang temuduga. Maklumat yang
sebanyak ini pun tak sanggup dilengkapkan dengan sempurna. Di bawah ini
saya senaraikan penemuan saya selama menemuduga KPLI selama 8 tahun
sejak dilaksanakan:
1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan"liquid paper"
2. Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. Bila ditanya, ohhh...
baru nak cakap terlupa konon dan sebagainya... . Kalau penemuduga pun
buat ohhh.. terlupa nak bagi markah macam mana ?
3. Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu kecil. Bukan saiz
passport tetapi saiz gambar lesen memandu. Kalau gambar anda besar,
potong bahagian muka sahaja dan tampalkan. Kedua, gambar mesti terkini.
Ya, terkini. Tetapi ada calon yang tanggalkan gambar dari kad pusat
sumber masa tingkatan 5 dan tampalkan. Bayangkan ada cop pusat sumber
sekolah pulak tu. Ketiga.. kalau calon lelaki, gambar tu biarlah
mencerminkan seorang calon yang berwajah guru. Bergambarlah dengan pakai
tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. Kat kedai gambar tu..
ada banyak blazer untuk bergaya. Namun,,, ramai yang tampal gambar
mereka yang pakai tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan
rocklah. Kalau gambar macam tu mintalah jadi pelayan disko. jangan
minta jadi cikgu.
4. Tandatangan ... Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru sedar belum ditandatangan.
4. Kesimpulan ...
Cuba anda renong sejenak. Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri
temuduga. Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda ? Saya
berharap, calon-calon yang sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan
mengalahkan semua calon lain dari segi "kualiti diri calon" berasaskan
kepada persediaan dokumen dan borang-borang.
Sijil kepujian dekan diletakkan slps transkrip
Boleh letakkan resume (susunan yg terakhir sekali)
Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama
akademik. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga
universiti pun boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun
boleh. Biasanya semasa menyemak aktiviti koko, penemuduga akan menyemak
sijil berhenti sekolah terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti
sekolah tercatat banyak maklumat - sukan, persatuan dan unit beruniform.
Tak ramai calon KPLI yang ada aktiviti semasa di U. Jika anda mempunyai
banyak aktiviti di U, lebih baik sijil-sijil sokongan ini diletak
terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih tinggi. Dan
ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah antara
watak guru yang dicari
No comments:
Post a Comment