Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia.
Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di
Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di
Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar
setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran
sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini
ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualSosial
yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa
tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni
tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau
sebaliknya.
Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sila klik di sini.
No comments:
Post a Comment