Masa Pembelajaran Subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Ditambah Mulai 2011
Kabinet
telah membuat keputusan untuk menambah masa pembelajaran subjek Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah berkuat kuasa pada sesi
persekolahan 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahan itu adalah selaras dengan dasar ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris‘ (MBMMBI) berikutan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Beliau memberitahu, bagi sekolah
kebangsaan (SK), penambahan masa hanya untuk mata pelajaran Bahasa
Inggeris iaitu dari 240 kepada 330 minit seminggu bagi tahap satu
manakala tahap dua dari 210 kepada 300 minit seminggu. Dan bagi sekolah
jenis kebangsaan (SJK), penambahan masa melibatkan kedua-dua mata
pelajaran itu.
Di SJK, bagi Bahasa Inggeris penambahan
masa untuk tahap satu adalah dari 60 kepada 120 minit seminggu manakala
tahap dua dari 90 kepada 120 minit seminggu. Bagi Bahasa Malaysia
pula, untuk tahap satu ditambah dari 270 kepada 330 minit seminggu
manakala tahap dua dari 180 kepada 270 minit seminggu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran
memberi jaminan bahawa penambahan masa itu tidak akan menyebabkan sesi
persekolahan dipanjangkan. Katanya, pihak kementerian juga akan mengolah
kurikulum supaya ia menjadi lebih kreatif bagi memastikan proses
pembelajaran yang menyeronokkan.
(Diterbitkan oleh: Bahagian Hal Ehwal Korporat)
No comments:
Post a Comment