Panduan
Untuk Calon-Calon Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Anda
mestilah tahu perkara-perkara berikut secara umum walaupun tidak secara
terperinci.
TERAS
PENDIDIKAN NEGARA
- Rukun
Negara
-
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Wawasan
2020
- Islam
Hadhari
KEMENTERIAN
-
Kementerian Pelajaran Malaysia
-
Kementerian Pengajian Tinggi
SEJARAH
PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
- Perkembangan
Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
-
Perkembangan Pelajaran Masa Kini
SISTEM
PELAJARAN MASA KINI
-
Pendidikan Pra Sekolah
-
Pendidikan Rendah
-
Pendidikan Menengah
-
Pendidikan Khas
- Program
Pendidikan Khas
- Sekolah
Sukan
- Sekolah
Seni
-
Pembestarian Sekolah
-
Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian Tinggi
-
Pendidikan Swasta
- Pelan
Induk Pendidikan
KURIKULUM
- Teori
Pendidikan
-
Kurikulum Prasekolah
-
Kurikulum Baru Sekolah Rendah
-
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
- Kurikulum
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
-
Pengurusan Kurikulum
- Program
JQAF
- Kia2M
PROGRAM
SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
- Asrama
- Skim
Pinjaman Buku Teks
-
Biasiswa dan Pinjaman
- Program
Bersepadu Sekolah Sihat
- Program
Pemakanan Sekolah
- Bimbingan
dan Kaunseling
-
Malaysia Teacher Standard
PIBG
Skim
Baucer Tuisyen – PERUNTUKAN 3 JUTA UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM TUISYEN BAGI
MURID2 Y LEMAH DALAM PELAJARAN SERTA MURID Y TIDAK MENCAPAI TAHAP Y DIINGINKAN.
SKIM INI MERUPAKAN DANA Y DIPERUNTUKKAN KEPADA GURU Y BUKAN SAHAJA MEMBERI
MANFAAT KEPADA GURU BAHKAN KEPADA MURID AMNYA (BAYAR GURU, UTILITI DAN
MAKANAN)… DALAM USAHA MENINGKATKAN KECEMERLANGAN MURID DI DALAM PELAJARAN.
MURID2 SASARAN ADALAH MURID2 TAHAP 2..DAN DIBIMBING PADA MP Y KRITIKAL DAN TERAS
SPT BM, BI, MT, SAINS. PERUNTUKAN MASA MENGAJAR.. 4 - 8 JAM SEBULAN.
PROGRAM
KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
- Gerak
Kerja Kokurikulum
- Sekolah
Harapan Negara
- Hari
Guru
- Projek
Nilam
- Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
- Majlis
Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
-
Malaysian Teacher Standard MTS
URUSAN
PERKHIDMATAN
-
Perintah-Perintah Am
-
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
- Arahan
Perbendaharaan
- Panduan
Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
- Arahan
Perkhidmatan
- Akta
Acara Kewangan
- Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam
FAKTOR-FAKTOR
PENILAIAN
Calon-calon
akan dinilai dari aspek-aspek berikut :
Cara
Penyampaian/Berkomunikasi.
Kemahiran
berhujah dan kemampuan menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional,
logik, jelas, tepat dan padat adalah faktor utama ke arah kejayaan seseorang
guru profesional. Adalah menjadi andaian asasi bahawa guru-guru terlatih adalah
fasih, cekap dan terampil dalam menggunakan Bahasa Melayu. Oleh itu, calon-calon yang didapati tidak
cekap dan tidak fasih dalam penggunaan Bahasa Melayu akan gagal dalam temuduga.
Guru-guru yang tidak prihatin dalam pengucapan bahasanya sehingga selalu kabur
atau memesongkan maksud yang hendak disampaikan akan diberi penilaian yang
negatif. Perawakan Dan Penampilan Diri.
Calon-calon
dikehendaki hadir temuduga dengan berpakaian kemas dan sopan. Calon-calon
lelaki dikehendaki memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher,
manakala calon-calon wanita memakai pakaian yang bersopan.
Pengetahuan
Ikhtisas.
Adalah
menjadi harapan Lembaga Temuduga bahawa guru-guru terlatih yang ditemuduga
mempunyai pengetahuan yang wajar dan mempunyai kemahiran berbincang secara
canggih (intelligent discussion) mengenai perkara-perkara berikut :-
a)
Sejarah pembentukan dan perkembangan Sistem Pendidikan Negara dari segi dasar,
pengurusan dan pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan sistem
penilaian. Adalah diharapkan calon-calon telah membaca, mengkaji dan menerapkan
fakta-fakta penting di dalam Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta pendidikan 1961 dan Laporan
Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar
Pelajaran (1979);
b)
Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran negara pada peringkat pusat,
negeri, daerah dan sekolah.
c)
Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi perlaksanaannya di sekolah dan
dalam bilik darjah.
d)
Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar
Pembangunan Negara/Wawasan 2020 dan hubungkaitnya dengan pendidikan dari
segi falsafah dan amalannya.
e)
Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan dengan matapelajaran yang diajar
opsyen/matapelajaran pengkhususan di institut/ maktab perguruan/ universiti.
f)
metodologi dan perkaedahan matapelajaran yang diajar dengan tumpuan khas kepada
aplikasinya di dalam bilik darjah.
g)
Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi dengan tumpuan khas kepada
aplikasinya di dalam bilik darjah.
h)
Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan perkembangan kurikulum dengan
tumpuan khas kepada KBSR dan KBSM dan hubungkaitnya dengan matapelajaran yang
diajar dan matapelajaran opsyen/pengkhususan di Institut/maktab perguruan/
universiti.
Pengetahuan
Semasa/Am.
Pengetahuan
semasa/am dikaitkan dengan aspek celik budaya. Celik Budaya diertikan sebagai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin
tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi,
pentadbiran dan politik. Seseorang yang celik budaya mempunyai pengetahuan
dan maklumat asas mengenai alam ,m persekitarannya dan dapat berbincang secara
canggih mengenainya dari berbagai-bagai sudut pandangan dan perspektif.
Laporan
Nilaian Prestasi.
Laporan
nilaian prestasi adalah juga diambilkira dalam pemilihan seseorang calon itu.
Penilaian ini dibuat oleh Pegawai Penilai masing-masing dengan berpandukan
kepada format borang yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Antara
aspek-aspek yang dinilai ialah dengan memerhatikan guru berkenaan mengajar di
dalam kelas atau membimbing murid-murid di dalam aktiviti-aktiviti
ko-kurikulum.
Sijil
Ko-kurikulum
Bawa
sijil-sijil Ko-kurikulum termasuk dari zaman persekolahan... ada markah untuk
Ko-Kurikulum
CALON
TIDAK DIPERAKU @ GAGAL
Lemah
cara penyampaian/komunikasi
Lemah
perawakan/sikap.
Lemah
Pengetahuan Am.
Lemah
Ikhtisas.
Lemah
keseluruhan.
Ringkasan Nota Temuduga SPP dalam bentuk jadual, sila klik di sini.
No comments:
Post a Comment