Saturday 20 September 2014

Tips dan Panduan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41

Tips-tips dan panduan untuk temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) boleh dimuat turun pada link di bawah:

http://www.slideshare.net/azlyrendywahab/nota-temuduga 

Monday 23 December 2013

Tatasusila Profesion Keguruan



TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggnya.

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
CATATAN:
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

NOTA PADAT - PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (PBSS)


PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

• tujuan - menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan sekolah mampu meningkatkan taraf kesihatan warga sekolah.

• program terancang dan bersepadu, fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan keperluan semasa

• Enam teras utama PBSS

- Polisi Kesihatan Sekolah,

- Persekitaran Fizikal Sekolah,

- Persekitaran Sosial Sekolah,

- Penglibatan Komuniti,

- Kemahiran Kesihatan Diri,

- Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

• Kerjasama sekolah dgn masyarakat

- tujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan masyarakat.

• satu proses dua hala - sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak.

• sumbangan terhadap masyarakat dan sebaliknya,

• menilai status kesihatan murid,

- memberi khidmat rawatan dan rujukan,

- memberi bimbingan dan kaunseling,

- memberi penjagaan rawatan/kecemasan,

- mencegah dan mengawal kejadian penyakit mendiagnosis

- membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas.

• pogram berkaitan kesihatan

- Perkhidmatan Kesihatan Sekolah,

- Perkhidmatan Pergigian,

- Rancangan Makanan Tambahan (RMT),

- Program Susu Sekolah (PSS),

- Pendidikan Pencegahan Denggi,

- menjadikan sekolah kawasan larangan merokok,

- menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan

- mengadakan program bebas dadah

- kempen cara hidup sihat.



PERLAKSANAAN PBSS

• sejak tahun 1967 - bertujuan melahirkan pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif.

• meliputi semua kegiatan dan amalan yang direka untuk mempertahankan, menggalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid,

- untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah

- untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini, mengenai kesihatan.

• ditakrifkan sebagai jumlah pengalaman sama ada di sekolah atau di mana-mana yang mempengaruhi pengetahuan, sikap dan amalan seseorang murid dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan.



RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

* adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama

- diberi kepada seseorang yang tercedera dalam suatu kemalangan atau sakit secara mengejut sebelum mendapat rawatan daripada pengamal perubatan yang bertauliah.

* diberikan kepada mangsa dapat mengurangkan kesakitan, mencegah kecederaan daripada menjadi lebih serius dan dapat menyelamatkan nyawa mangsa.

* Kecederaan fraktur boleh dibantu dengan melakukan prosedur R.I.C.E merehatkan/menenangkan mangsa (rest),

- mendemah bahagian yang tercedera (ice),

- melakukan tuaman pada bahagian tercedera (compression)

- meninggikan bahagian yang tercedera (elevation).

* Mangsa kecederaan yang mengalami tersekat pernafasan boleh dibantu dengan prosedur E.A.R iaitu meninggikan (elevation) bahagian atas laluan udara (airway) supaya laluan udara tidak tersekat dan memberikan mangsa bernafas dengan sempurna (resuscitation).

* perlu diberikan perhatian semasa memberikan pertolongan cemas ialah:

(i) Bertindak dengan segera,.

(ii) Dilarang mengerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang

(iii) Memastikan seseorang ditugaskan untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas.

(iv) Dilarang menarik pakaian mangsa yang lukanya terbakar.

(v) Menenangkan mangsa.

(vi) Pastikan mangsa yang tidak sedarkan diri tidak dipaksa untuk mengambil sebarang cecair.



PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH


• dijalankan secara kerjasama antara kakitangan kesihatan, pergigian dan pihak sekolah. membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah kepentingan penjagaan kesihatan

• Pengesanan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes.

• Aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit

• Ibu bapa seharusnya memberi kerjasama dengan memberi maklumat kesihatan yang tepat tentang anak mereka

memberi kebenaran untuk pemeriksaan serta imunisasi.

• Kerjasama yang telah terjalin di antara kedua-dua pihak kesihatan dan pendidikan membantu meningkatkan tahap kesihatan murid dan masyarakat amnya.

• Kajian oleh pihak WHO - 5 juta kanak-kanak dari kalangan bayi hinggalah yang berumur 14 tahun meninggal dunia setiap tahun di negara membangun akibat penyakit-penyakit yang bersangkutan dengan persekitaran mereka.

• Kekotoran alam sekitar melalui pembuangan sampah terutama di kawasan perumahan dan projek terbengkalai telah disifatkan sebagai ’mesra aedes’.

- Pencemaran udara bentuk baru menyebabkan seperti penghasilan kimiaberbahaya dioksin, furan dan sebagainya.



RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

• menggunakan pendekatan 'holistic' dan bersepadu untuk memastikan generasi akan datang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi

• Kejayaan rancangan kesihatan banyak bergantung kepada apa yang dirancang untuk murid-murid.

• rasional rancangan ini diwujudkan adalah kerana terdapat beberapa keadaan morbiditi yang didapati tinggi dalam kalangan murid-murid sekolah

- malnutrisi,

- karies gigi,

- jangkitan cacing,

- masalah penglihatan,

• 20 peratus jumlah penduduk terdiri daripada masih di bangku sekolah. peningkatan kesihatan di sekolah merupakan faktor penting dalam kemajuan masyarakat.

• Dari sudut pembangunan, murid merupakan agen perubahan, mereka lebih mudah menerima sesuatu pengetahuan atau perubahan.

- Mereka boleh mempengaruhi ahli keluarga mereka. Murid sekolah sebagai ”captive audience”,

• Sekolah ialah sumber yang besar dari segi kemudahan, tenaga manusia dan sebagai pusat pendidikan atau agen perubahan dalam masyarakat.

• RKS berasaskan konsep kesihatan yang menyeluruh yang merangkumi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.



RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

• Murid- sebagai salah satu agen perubahan. kanak-kanak lebih mudah menerima sesuatu pengetahuan/pendapat daripada orang dewasa. diharapkan perubahan sikap dan amalan kesihatan akan dapat mempengaruhi ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya mereka melalui pergaulan harian mereka.

• Matlamat Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan. lebih mudah dan berkesan jika kita "melentur buluh biarlah dari rebungnya" sebelum mereka dipengaruhi oleh sikap dan amalan kesihatan yang negatif dan yang tidak diingini.

• Sekolah mempunyai sumber yang besar dari segi kemudahan, tenaga manusia yang boleh digembelingkan dijadikan agen perubahan dalam masyarakat.

• Sebagai sebuah institusi membolehkan murid-murid mendapat pendidikan dan menghabiskan masa kira-kira 6-10 jam sehari,

- persekitaran sekolah hendaklah dipastikan supaya sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, selesa

dan indah.

• Kerjasama antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat.

- Ianya merupakan satu proses dua hala di mana kedua-dua sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak.



AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH


• perintis berjaya dilaksanakan. Aktiviti dan program yang dijalankan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi di masa akan datang

• Kerjasama yang diberikan oleh agensi kerajaan yang berkaitan sangat dihargai dan merupakan satu faktor program berjaya dilaksanakan.

• satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan

* Penglibatan masyarakat adalah dalam pelbagai bentuk memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau pun bahan-bahan yang boleh digunakan pihak sekolah.

* boleh memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi ‘Ârole-model’ yang baik.



PEMANTAUAN DAN PENILAIAN


• Program Amalan Kebersihan sekolah melibatkan semua ahli komuniti sekolah untuk bekerjasama menyediakan murid-murid untuk meningkat dan melindungi kesihatan

mereka.

* Program yang dijalankan meliputi kurikulum kesihatan formal dan tidak formal; mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan selamat.

• Penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan dan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam usaha peningkatan kesihatan.

• Pelaksanaan aktiviti atau program kesihatan mengikut keperluan dan sumber yang sedia ada di sekolah ialah sebahagian dari ciri-ciri HPS yang sedang dilaksanakan




Nota Temuduga SPP


Konsep 1 Malaysia - YAB Dato Sri Mohd  Najib Tun Abdul Razak
1.memperbaiki hubungan kaum dan menjalin perpaduan yang lebih erat

2.mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat

3.‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

4. budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.  

Jawatan yang dipohon:pegawai perkhidmatan pendidikan DG41

Tema hari guru 2010
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Rukun negara

1) Kepercayaan Kepada Tuhan
-Bangsa & Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yg kukuh kpd Tuhan.

2) Kesetiaan Kepada Raja & Negara-
setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur & ikhlas kpd Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

3) Keluhuran Perlembagaan
 -melindungi hak dan keistimewaan warganegara 
-menghormati, menghargai serta memahami maksud & latar belakang penggubalannya

4) Kedaulatan Undang-Undang
-patuh kpd undang-undang yg telqh digubal supaya keamanan negara dapat dicapai.

5) Kesopanan dan Kesusilaan
Sifat sopan-santun dan tatasusila penting dlm mewujudkan perpaduan di Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum

KSSR
-Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
(tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran  ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
 (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M








FPK

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepatuhan dan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
KBSR
Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Konsep Bersepadu
 Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum.

NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional)
1. Prasekolah
2. Literasi dan Numerasi 
3. Sekolah Berprestasi Tinggi 
4. Pengetua/Guru Besar 

Key Performance Indicator (KPI)
1. Nisbah Guru:Murid  ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)

2. Penurunan kes disiplin sekolah  0.02%

3. Peratus peningkatan Kelas Intervensi Awal (KIA2M). 1.0%

4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).

5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.

6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

PIPP
1.Membina bangsa negara
2.Membangunkan modal insan
3.Memperkasakan sekolah kebangsaan
4.Memartarbatkan profesion keguruan
5.Merapatkan jurang pendidikan
6.Melonjakkan kercermerlangan institut pendidikan
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak Y.A.B Tun Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn
Y.A.B Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein
Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj




Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

LINUS
semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012
Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan

PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi

Ketua Menteri Sarawak
Y.A.B. PEHIN SRI TAN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran
Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
meb
  • Pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka masa pendek dan sederhana;
  • Meningkatkan daya saing Malaysia;
  • Merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta;
  • Meletakkan negara ke arah mencapai tahap berpendapatan tinggi;
  • Membina ekonomi yang inovatif; dan
  • Transformasi nekad dan perubahan ekonomi untuk memodenkan model ekonomi demi masa hadapan

Kaedah pembelajaran aktif yang berpusatkan murid
Merangkumi lakonan,bercerita,perbincangan dalam kumpulan
Merangsangkan rasa ingin tahu dan menarik perhatian
Murid bukana hanya mendengar semua infomasi yang disampaikan oleh guru.tetapi mereka diberi peluang untuk menyentuh,membuat,menaakul,menjelas cara untuk mencari jawapan,menganalisis dan systhesis.
Selain itu, mereka dapat berinteraksi sama dengan rakan sebaya untuk memupuk integasi dan kerjasama
Sebagai contohnya,samasa saya mengajar topic bentuk 3 matra.saya akan bagi model 3d untuk menyiasat bentuk,menghubung kaitkannya dengan alam sekeliling dan mencari ciri-ciri bentuk tersebut.sisi