Persediaan awal
- Selidik profail syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon
- Ini merupakan soalan-soalan asas yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawabnya menunjukkan seolah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi.
- Pastikan sijil-sijil asal dan salinan pendua sijil serta resume disediakan. Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan jawatan yang dipohon
- Cuba dapatkan nama /gelaran panel temuduga
Berlatih
- Ulangkaji “hardskill“
- Ini juga merupakan soalan popular yang sering disoal untuk mengetahui tahap pengetahuan calon mengenai teori dan praktikal bidang yang dipelajarinya. Kegagalan calon menjawab dengan baik boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut.
- Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya
- Membuat persediaan awal untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin ditanya dengan baik dan lancar. Selain daripada itu,calon juga dapat berlatih menggunakan nada suara, kelajuan dan intonasi yang sesuai semasa temuduga. Calon boleh meminta bantuan rakan untuk memberi maklumbalas. Perlu diingat calon hendaklah berlatih menjawab dan bukannya menghafal jawapan.
Adab temuduga
Di awal
temuduga
- Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga;
- Mendengar dan menjawab soalan dengan betul;
- Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi;
- Bersikap tenang dan tidak gementar;
- Jangan menguasai sesi temuduga;
- Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak;
- Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan;
- Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah;
- Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain;
- Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga;
- Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga;
Di akhir temuduga
- Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga;
- Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda;
- Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
- Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.
Larangan Semasa Temuduga

No comments:
Post a Comment