Monday, 23 December 2013

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN

  1. Berasal dari 2 perkataan Greek iaitu : - philo : cinta, kecintaan
     : - Sophia : kebijaksanaan/ arif
  1. Ini bermakna ia berkaitan tentang arah tuju, panduan dan pandangan mengenai pendidikan.
3.    Ciri utama falsafah pendidikan ialah menilai keseluruhan pengalaman 
           manusia.
  1. Memberi interpretasi terhadap ilmu dan kebenaran.
  2. Ia juga berkait dengan hubungan dengan manusia dalam aspek  kesedaran diri, bebas, nilai, moral dan seni.
  3. Falsafah Pendidikan juga tentang ilmu yang membincangkan mengenai ;
              i.    Metafizik (metaphysic)- realiti seperti kewujudan kehidupan, alam semula jadi dan roh
            ii.    Epistemologi (epistemology)- pengetahuan mengenai ilmu yang sering ditanya.
           iii.    Aksiologi (axiology)- melihat niali-nilai etika dan estetika

  1. Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan memberi panduan kepada sistem
 pendidikan untuk menetapkan matlamat, jenis sistem pendidikan, jenis 
kurikulum, panduan pengajaran, dan peranan guru di sekolah.


Falsafah Pendidikan Di Malaysia

Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Ia digubal berdasarkan konsep dan matlamat Rukun Negara Malaysia yang digubal pada tahun 1970. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”


MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan atau dikenali dengan Falsafah Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memilik serta menghayati ciri-ciri berikut:

  1. percaya dan patuh kepada Tuhan;
  2. berilmu pengetahuan;
  3. berakhlak mulia;
  4. bertanggungjawab kepada diri,  masyarakat, agama dan negara;
  5. memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu; dan
  6. memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu:
    • Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara;
    • Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan;
    • Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan;
    • Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara;
    • Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum; dan
    • Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.

Pada Iazimnya, ideologi dan aspirasi negara merupakan faktor yang penting untuk menentukan Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan ini akan menjadi lebih jelas, Iebih mantap, lebih bermakna dan sempurna apabila unsur-unsur pendidikan tersirat dalam ideologi dan aspirasi negara dijelmakan sebagai penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala usaha pendidikan, termasuk sistem pendidikan yang sedia ada, akan dapat dirancang, direformasi dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Negara mengikut haluan dan pedoman Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


FAKTOR – FAKTOR PEMBENTUKAN FPK

1. Faktor individu.

            Faktor individu menjadi matlamat terawal yang ditekankan di dalam FPK. Ini berdasarkan kenyataan terawal FPK yang menekankan aspek inidividu .

  Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu..

Untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dan berdaya saing, ia harus bermula dari diri individu itu terlebih dahulu.

2. Faktor agama
           
            Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu

“mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan....”

3. Faktor sosial

Memandangkan Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum, maka seharusnyalah amat penting untuk setiap kaum ini agar dapat hidup aman dan mencapai kesefahaman yang tinngi agar dapat melahirkan masyarakat yang harnoni dan aman. Oleh itu, ia menekankan juga aspek ini dalam konteks pernyataan :

”melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

4. Faktor ekonomi
           
            Ini untuk mewujudkan Negara Malaysia yang berdiri teguh dalam bidang pembangunan serta melahirkan individu yang berkeupayaan untuk kemakmuran Negara.
            bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

            Ilmu pengetahuan ini penting bagi kegunaan Negara untuk kepentingan Negara.

5. Faktor sejagat

            Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula
tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan  sistem pendidikan
antarabangsa.   Sehubungan  ini,  idea-idea  yang  dihasilkan  daripada
seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, program pendemokrasian
pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup
dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan
dalam     pernyataan    Falsafah    Pendidikan     Kebangsaan     sebagai :

            "Pendidikan  di Malaysia adalah  satu  usaha  berterusan.

6 . Faktor politik.
            Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh poiitik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebang­saan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.


Elemen-elemen Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.

Berlandaskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, maka diturunkan unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan
huraian ringkas seperti berikut :

1. Pendidikan suatu usaha berterusan :
Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahiak mulia. Proses pendidikan mimerupakan proses secara berterusan sepanjang hayat.

Maka, pendidikan secara berterusan mi adalah bermula sebagai pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja, dan diteruskan di peringkat selepas sekolah di tempat-tempat seperti institut pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk ICT, secara on-line dan melalui media massa.

Rasional pendidikan sepanjang hayat adalah membolehkan kita menghadapi dan menangani pelbagai pendidikan dan pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan k-ekonomi dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Justeru itu, pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama FPK.

2. Memperkembang potensi individu :
Mengikut kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak Iahimya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam kendiri. Fungsi utama pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang.

Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi tumpuan kepada cirri-ciri daya berfikir, seperti:
  • Menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira;
  • Menguasal kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu;
  • Dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK); dan
  • Dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk din dan orang lain, termasuk kemajuan negara.

Perkembangan unsur jasmani memberi tumpuan kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembang kepada tahap keupayaan, seperti:
  • Menjaga kesihatan tubuh badan din;
  • Melakukan riadah dengan sempurna;
  • Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan cekap;
  • Memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan  masyarakat; dan
  • Meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, iaitu:
  • Memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal;
  • Memiliki perasaan kasih sayang;
  • Memiliki semangat kekitaran, muhibbah, kerjasama dan perpaduan; dan
  • Mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian.
Perkembangan unsur rohani memberi tumpuan kepada sifat kejiwaan dan kebatinan, iaitu:
  • Mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta;
  • Mempunyal perasaan menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta;
  • Mempunyai perasaan menyedar dan menginsafterhadap tanggungjawab;
  • Dapat memupuk dan membina disiplin kendiri; dan
  • Dapat membentuk akhlak yang mulia.

3. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu:
Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan. Ia harus diperkembangkan secara menyeruluh dan bersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, di samping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.

4. Insan yang seimbang dan harmonis
Insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak mahir, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial.

Insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani, telah diperkembang secara menyeluruh, bersepadu dan dalam tahap optimum. Insan yang seimbang dan harmonis adalah individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu ini akan sentiasa berikhtiar dan berusaha menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi, dan melaksanakan tanggungjawab Sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.

Matlamat memupuk insan yang seimbang dan harmonis boleh dicapai apabila semua potensi yang ada pada dirinya telah dikembangkan secara selaras, menyeluruh dan harmonis. Seorang individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa merasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan fikiran yang tenang.

5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hokum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya.

Kepercayaan dan kepatuhan kedapa Tuhan memberi tumpuan seperti berikut :
  • Mengakui wujudnya Pencipta;
  • Mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta;
  • Mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta;
  • Menyedari manusia dijadikan untuk memajukan alam;
  • Menyedari manusi bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan din sendiri;
  • Melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan;
  • Mengikuti dan mengamalkan ajaran agama; dan
  • Meningkatkan serta mengukuhkan kepercayaan beragama.

6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat din dan orang lain.

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti :
  • Mencintai ilmu pengetahuan;
  • Gemar membaca;
  • Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan;
  • Sentiasa berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan;
  • Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan din dan orang lain; dan
  • Berfikiran terbuka, luas dan mendalam.

7. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara. Mereka bukan sahaja mampu melaksanakan tugas dalam jangka masa yang singkat tetapi juga dengan cekap dan sempurna.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti :
  • Berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan;
  • Mempunyai kemahiran yang sesuai dalam perlaksanaan tugasnya dan
  • Dapat melaksanakan tugas dengan cakap dan sempurna.
8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti :
  • Mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk;
  • Menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk;
  • Mempunyai keyakinan terhadap nilai murni;
  • Dapat menghayati nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan;
  • Mengamalkan perlakuan baik dan mengelakkan perbuatkan buruk.

9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
Rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara, dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti :
  • Menyedari tugas dan tanggujawab adalah amanah dan kewajipan;
  • Menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna;
  • Sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran;
  • Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara; dan
  • Sentiasa berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri
Melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan din ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti :
  • Daya ketahanan din yang kuat untuk menangani cabaran hidup dan semasa ke semasa;
  • Berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yang sihat; dan
  • Memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan baik.

11. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan
Melalui latihan, rakyat boleh menggunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.

Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ialah rakyat yang memperoleh keupayaan seperti :
  • Memupuk keharmonian keluarga;
  • Memupuk semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibbah, tolerensi dan hormat;
  • Menguasai kemahiran sails dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara;
  • Mengekalkan kestabilan negara;
  • Mematuhi, mengekal dan mempertahankan Perlembagaan;
  • Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
  • Bersemangat patriotik dan cintakan negara.
Peringkat keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama, hormat menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana keharmonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul keadaan kemakmuran masyarakat dan negara.

Secara ringkas, unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dicerminkan dalam rajah 3.1, dengan menggambarkan falsafah pendidikan yang berpaksikan kepada Ketuhanan.



PERANAN SEKOLAH DALAM MENJAYAKAN FPK

             Sekolah menjadi tapak yang uatam dalam menjayakan visi dan misi FPK ini . Prasarana dan guru memainkan peranan yang utama dalam menjayakan hasrat dalam FPK ini.

Peranan sekolah adalah seperti penyediaan ;

  • Prasarana yang berkualiti;
  • Aplikasi teknologi yang canggih (ICT);
  • Warga pendidikan yang proaktif;
  • Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan kini;
  • Peluang diadakan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R & D); dan
  • Ada Dasar Fendidikan terbuka.

Perkembangan individu secara menyeluruh menjadi matlamat FPK melalui Kementerian Pelajaran dan dan pihak sekolah wajar memainkan peranan sebaiknya agar insan yang seimbang dari segi intelek,rohani, jasmani dan emosi dapat dilahirkan.

Peranan warga pendidik atau guru adalah seperti berikut ;

  • Memberi tunjuk ajar yang mulia dan pengaruh yang baik
  • Memberi ruang yang secukupnya untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan maksima.
  • Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.
  • Mempunyai ciri –ciri yang boleh menjadi ikutan yang baik
  • Bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat dan Negara.
  • Tidak mempunyai diskriminasi perkauman dan agama.
Guru merupakan watak utama dalam menyampaikan secara berkesan dan bersepadu dalam melahirkan individu yang memenuhi hasrat Pendidikan Kebangsaan. Ini kerana pendidikan menjadi teras utama masyarakat dan ilmu secara zahirnya terdapat di sekolah yang menjadi gedung ilmu indidvidu dan tempat mengembangkan potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan FPK.


IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita. Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan pancaran nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sememangnya, kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan kita seperti yang berikut :

    1. Implikasi terhadap kurikulum
Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah
Pendidikan Negara. Ini meliputi :
  • Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.
  • Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran.
  • Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
  • Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum.
  • Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
  •  
2. Implikasi terhadap pendidik

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Ini meliputi :
  • Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu berketrampilan serta berakhlak mulia.

3. Implikasi terhadap institusi pendidikan

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini meliputi :
  • Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dan segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.
  • Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalamjiwa pelajar.
  • Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.


RUMUSAN DAN CADANGAN TERHADAP FPK
            “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Falsafah pendidikan Negara memainkan peranan yang amat besar kearah melahirkan Negara Malaysia yang maju dan harmoni. Berdasarkan kenyataan di dalam FPK ini, perkembangan potensi diri individu secara menyeluruh dan bersepadu menjadi intipati utama. Ini kerana  individu yang akan membentuk masyarakat yang menjadi tonggak Negara kearah kemakmuran dan kesejahteraan Negara.

FPK wajar dihayati oleh semua warga masyarakat dan tidak hanya bertumpu kearah sekolah dan guru sahaja. Ini kerana, segala elemen dan matlamat utama FPK boleh diikuti oleh semua lapisan masyarakat tidak hanya tertumpu kepada golongan yang terlibat dalam institusi pendidikan sahaja. Ini kerana,  dalam FPK, potensi diri kearah melahirkan masyakat yang makmur dan harmoni boleh menjadi teras hidup seseorang individu di Negara ini.

FPK digubal berdasarkan kepada Rukun Negara yang merupkan suatu teras atau tunjang kepada sesebuah Negara. Prinsip – prinsip yang terdapat dalam Rukun Nrgara menjadi inti pati kepada penggubalan FPK.

Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama:
  • Kepercayaan kepada Tuhan;
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara;
  • Keluhuran Perlembagaan;
  • Kedaulatan Undang-undang; dan
  • Kesopanan dan Kesusilaan.
Oleh itu, adalah wajar apabila setiap individu turut sama menjadikan FPK sebagai salah satu tunjang dan teras alam diri sendiri dan tidak hanya bertumpu kepada Rukun Negara sahaja.

Untuk akhirnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan usaha yang murni dan tepat ke arah melahirkan inidividu dan Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.  Sejarah membuktikan, ilmu pengetahuan menjadi alat senjata yang penting di alam yang mencabar kini dan FPK diwujudkan agar masyarakat menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan dan seimbang dalam aspek intelek,jasmani, rohani dan emosi. Kita harus sedar bahawa FPK diwujudkan untuk menentukan arah dan panduan pendidikan di Malayia agar sentiasa dapat melahirkan generasi yang mempunyai ciri – ciri seperti dalam FPK . 

No comments:

Post a Comment